Sukan lasak adalah sejenis sukan yang mempunyai kategorinya tersendiri dalam X-Games yang disambut secara besaran setiap tahun di negara barat dan Asian X-Games di Asia. Walaupun ia adalah lebih kepada golongan antarabangsa, Malaysia juga tidak kurang dengan pengemarnya yang pernah muncul johan dalam sirkit Asia.Apa yang sering mengamit orang ramai menyaksikan aktiviti sukan ini adalah aksi-aksi menarik dan mendebarkan yang dilakukan oleh para atlit.
Tetapi satu masalah yang biasa dihadapi oleh pengemar sukan lasak ini ialah kekurangan tempat berlatih yang disediakan terutamanya skatepark. Jikalau ada, ia tidak dijaga dengan baik menjadikan tempat itu bahaya. Walaupun sebuah skatepark khas dibina di Kampung Batu, ia terlalu jauh dari pusat bandar dan jarang sekali kenderaan awam melalui kawasan itu. Ini adalah sebab-sebab penggemar biasa boleh dijumpai di tepi jalan atau di depan bangunan awam di pusat bandar.
“Kerana kami tergolong dalam sukan lasak, kami bukan penganas. Kami tidak ada pilihan selain menggunakan kemudahan di kawasan tumpuan awam pada lewat malam. Walaupun kami biasa disergah dan diancam pihak berkuasa, kami masih bersikap positif terutamanya kepada sukan yang kami minati.” Kata seorang pengemar. Apabila ditanya mengenai program Rakan Muda, katanya “Rakan Muda pernah menyokong dan memberi sedikit sebanyak sumbangan untuk menaikkan taraf sukan lasak di Malaysia, tetapi tidak seperti apabila ia mula-mula ditubuhkan. Pihak kerajaan, Kementerian Belia Dan Sukan pernah mengendalikan Sirkit Sukan Ekstrem Malaysia pada tahun 2002 tapi tidak semua yang bekesempatan mengikutinya kerana masih di sekolah atau bekerja.”
Malaysia dirahmati dengan satu golongan peminat sukan ekstrem yang berpotensi menaikan taraf sukan Malaysia. Tetapi kepada yang berbakat ini mengalami kesukaran apabila tiada tempat khas disediakan di pusat bandar.
”Ada pernah seketika Mid Valley Megamall mempuyai sebuah skatepark di tingkat tiga tetapi telah tutup, kami tidak mengetahui sebabnya malah ia menyedihkan kami kerana strukturnya dirobohkan selain dipindah ke tempat lain. Bilakah kerajaan akan perasan dilema kami.“ Seperti yang dikatakan, hasrat Rakan Muda adalah untuk memberi peluang kepada ramai dalam segala bidang sukan dan rekreasi untuk golongan remaja supaya lebih produktif dalam kehidupan seharian dalam sesuatu bidang. Dimanakah Rakan Muda sekarang? Kata mereka ”Entahlah kami, tetapi kami biasa menjumpai poster mereka semasa sirkit sukan dan Asian-X Games.” Tambahan mereka, “kami bukan nak mengutuk atau membinasa, tetapi bagaikan kerajaan tidak menyokong dan memberi pandangan positif terhadap minat kami. Sebelum Asian-X Games, satu kem motivasi khas diadakan, tetapi untuk atlit terpilih sahaja, semasa Sirkit Kebangsaan pula ramai yang tidak diberi peluang untuk beraksi di Labuan mahupun di Kuching semasa Borneo-X Games, masih tetapi untuk atlit Malaysia sahaja. Inilah kehidupan seharian kami di tepi jalan pada lewat malam.”
Asian-X Games disambut secara besaran di Malaysia dengan sokongan kerjaan tempatan dan sumbangan atarabangsa seperti ESPN, Toyota dan sebagainya, jika kerajaan tidak memberi sokongan, kenapa ia diadakan?
“Asian-X Games ini hanyalah untuk tiga tahun sahaja, selepas 2004 ia akan di tuan rumah oleh negara lain. Nampaknya impian kami semakin pudar.”
Ungkapan ucapan YB Dato’ Hishammuddin Tun Hussein semasa upucara pembukaan rasmi Asian-X Games V 2003 “The government and various promoters are working closely to devolop the sport at the grassroot level”.
“I was asked a few days ago at the launch press confrence if Malaysia would be building a centre or a permanent park to act as a focal point for the continuing training effort and development of the sport. This is the future trend in other cities in the region. If we want to catch the wave, we must respond bu dedicating a park for action sports”.
“I commited to sperheading the effort for Malaysia. My Ministry is currently identifying a few suitable locations, and we hope to make this dream a reality before the end of this year- 2003”.
Mereka bukan tidak mempercayai kata-kata YB, malah mereka kecewa dengan kekurangan fasiliti bertaraf anatarabangsa.
“Fasiliti di Taman Paramount memang tidak dirancang dan boleh dikatakan merbahaya, walaupun ramai tidak berpuas hati dengannya kami mengangap tempat itu sebagai cabaran. Arena di Petaling Jaya pula adalah o.k sahaja tetapi terlalu kecil. Seperti kata P.Ramlee, cubaan tapi bagi kami, cabaran. Kami hanya menginginkan sebuah pusat sukan ekstrem bertaraf antarabangsa di mana sebuah kedai disediakan untuk membeli barangan skate, basikal dan sebagianya pada angappan kami, permintaan itu hanyalah minimum. Ini adalah kebaikan semua penggemar sukan lasak”.
Akhir sekali, kami ingin meminta maaf kepada pihak kerajaan jika kata-kata kami kasar.
Article by buyot.
Published on 6/5/2003 05:05:09 AM